Ismail Sabri berbual dengan Lebar Salleh, 77 selepas menyampaikan baucar BR1M di Kompleks Rakan Muda, semalam.
BERA - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wajar diteruskan untuk membantu golongan sasaran dan merupakan kaedah terbaik serta telus berbanding pelbagai pemberian subsidi terbuka yang lain.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian bantuan itu tidak membebankan kerajaan kerana ia bukan melibatkan dana baharu sebaliknya menggunakan subsidi sedia ada.
Menurutnya, cara ini lebih berkesan untuk memberi subsidi secara terus kepada rakyat yang hanya boleh dinikmati golongan miskin khususnya.
“Kalau BR1M, kita boleh terus bagi kepada golongan sasaran yang memerlukan, sedangkan subsidi biasa contohnya minyak atau gula yang disubsidikan itu turut dinikmati orang kaya.
“Ia adalah penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak atau penghapusan subsidi gula yang kita guna untuk bayar kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang layak sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian BR1M Peringkat Parlimen Bera di Dewan Rakan Muda Parlimen Bera di sini, semalam.
Hadi sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman; Adun Kemayan, Datuk Mohd. Fadil Osman dan Pegawai Daerah Bera, A Rahman Hamzah.
Lebih 15,000 penerima layak mendapat BR1M di daerah ini dengan 7,137 orang menerima bantuan itu semalam.
Ismail Sabri berkata, tidak seharusnya isu pemberian BR1M akan membebankan kerajaan ini timbul kerana ia diberi daripada penjimatan subsidi yang sedia dibelanjakan kerajaan.
View the original article here