SAN FRANCISCO 6 Mac - Hakim di sini menolak permohonan Apple untuk melarang jualan telefon pintar dan tablet Samsung yang dikatakan melanggar paten dimiliki syarikat gergasi Amerika Syarikat itu.
Hakim Daerah Amerika Syarikat, Lucy Koh berkata, jumlah ganti rugi ditetapkan yang perlu dibayar oleh syarikat gergasi Korea Selatan itu adalah sebanyak AS$929 juta.
Bagaimanapun, dalam satu lagi keputusan, hakim berkenaan menolak permohonan Apple untuk melarang jualan 23 peranti Samsung. Katanya, tiada bukti yang menunjukkan permintaan pengguna didorong oleh pelanggaran paten terbabit.
View the original article here