KUALA LUMPUR 8 Mac - Malaysia Airline Systems Bhd (MAS) telah mempunyai rekod terbaik bagi aspek keselamatan sepanjang karier perkhidmatan sungguhpun berhadapan dengan masalah kewangan sejak kebelakangan ini.
Anak syarikat Khazanah Nasional ini mempunyai 88 pesawat termasuk Airbus A330, Airbus A380, Boeing 777-200 dan Boeing 737.
Jumlah kepal terbang tersebut termasuk pesawat yang hilang Boeing 777-200ER yang membuat peneerbangan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pengeluar pesawat dari Amerika Syarikat ini telah memberi jaminan bahawa semua pesawat keluarannya telah melepasi rekod saringan keselamatan bagi pesawat komersial.
Sungguhpun beberapa kali Boeing pernah berhadapan dengan kemalangan udara, namun insiden yang meragut nyawa jarang berlaku kerana tragedi yang pernah meragut nyawa melibatkan Boeing 777-200ER berlaku pada 6 Jun lalu.
Pesawat Asiana Airlines itu membawa 307 penumpang dengan 3 daripadanya mati danlebih 180 yang lain cedera.
Pesawat sama milik MAS hilang pagi tadi selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan udara Suban kira-kira jam 2.40 pagi selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi hari yang sama.
Pesawat tersebut seharusnya mendarat di Beijing pada 6.30 hari yang sama.
View the original article here