KUALA LUMPUR 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman twitternya berkata pihaknya telah meminta semua langkah yang berkaitan dilakukan.
Najib turut mendoakan agar kesemua penumpang dan anak kapal di dalam peswat MH370 berada dalam keadaan yang selamat.
Pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang.
Malaysia Airlines (MAS) dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.
MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.
Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
View the original article here