KUALA LUMPUR 15 April - Doktrin ketenteraan sebuah negara perlu ambil kira dari faktor peningkatan ancaman keselamatan bukan tradisional.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia memerlukan pendekatan yang berbeza dari segi strategi perperangan konvensional.
"Seperti yang dibuktikan Malaysia ketika menangani ancaman komunisme, pendekatan yang menyeluruh melibatkan pasukan keselamatan dan seluruh rakyat mesti digunakan untuk menumpaskan musuh," katanya ketika berucap pada majlis penutup Forum Putrajaya 2014 di Pusat Dagangan Dunia (PWTC) di sini hari ini.
Menurut Muhyiddin, penubuhan ASEAN sejak tahun 1967 membincang pelbagai konflik antara negara anggota.
"Peranan ASEAN dalam menyelesaikan masalah dan krisis menerusi perbincangan dan persefahaman dilakukan sejak sekian lama dalam mengelak ketidak keperluan konflik dan tekanan.
"Saya yakin dunia bukan saja mengiktiraf kepentingan ASEAN sebagai platform menjaga keamanan dan stabiliti antara anggota tetapi perjanjian menerusi forum membabitkan kuasa besar seperti China, India, Jepun dan Korea,"
Jelas Muhyiddin lagi, kerjasama yang rapat dan lebih efektif menjadi kesinambungan dalam kemampuan mengenal pasti dan mengatasi sebarang cabaran merujuk pada aspek keselamatan serta stabiliti.