KUALA LUMPUR 23 April - Operasi mencari dan menyelamat bagi kes kehilangan pesawat MH370 akan diperhebatkan lagi dan semua pihak diminta supaya tidak mengendahkan sebarang spekulasi mengenai pemberhentian operasi ini.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata banyak usaha dan aset akan dikerahkan bagi memperhebatkan lagi operasi ini termasuklah fokus utama iaitu pencarian di dasar lautan dalam.
"Jangan dengar spekulasi bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini akan ditamatkan. Kami akan memperhebatkan lagi aset-aset yang ada tapi fokus kami lebih kepada tumpuan carian di bawah lautan dalam.
"Aset spesifik diperlukan bagi usaha ini dan ianya sedang dikenalpasti. Malah, kami telahpun menghubungi mana-mana pihak yang mempunyai aset-aset berkenaan," katanya dalam satu sidang media mengenai perkembangan MH370, di Hotel Royale Chulan, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Hishammuddin turut memberitahu pemberita bahawa hubungan dan perjumpaan pihak berkaitan dengan semua keluarga penumpang pesawat MH370 masih lagi dibuat secara berterusan.
Tambahya lagi, hanya 20 peratus lagi baki kawasan carian guna kenderaan bawah laut automatik (AUV) Bluefin-21 bagi mengimbas dasar Lautan Hindi dengan strategi carian pesawat MH370 masih sama.
sumber