Ada juga ye jenis manusia yang tak mampu untuk turut sama bergembira apabila dibawakan perkhabaran baik mengenai orang lain. Semua benda pun nak dipersoalkan, nak dipertikaikan dan nak disahkan dengan pengiraan saintifik apa bagai. Bukannya sebelum kahwin Almy Nadia mengandung, lepas dah sah jadi isteri Fizz Fairuz kot. Kalau kecewa tak dapat kahwin dengan Almy atau Fizz sekali pun, tak perlulah nak pertikaikan kehamilan orang lain.
Kerana takut dipertikai dan dipersoal kehamilannya, Almy Nadia sampai terpaksa merahsiakan berita gembira ini. Nasib baiklah kawan baiknya, Aida Gadis Melayu sudi berkongsi berita baik ini dengan kita semua. Kata Almy:-
Saya kalau boleh tidak mahulah berita ini terlalu didedahkan kepada umum kerana macam-macam benda boleh terjadi.
Bukannya saya sengaja tidak mahu kongsi mengenai perkara yeng menggembirakan ini bersama peminat, cuma saya mengambil langkah berjaga-jaga.
Sedangkan bila saya diam pun masih ada yang fitnah dan mempersoalkan tentang kehamilan saya , saya tidak tahu apa salah saya pada mereka jadi biarlah.
Sebelum berkahwin pun saya dah dilanda berbagai-bagai kontroversi. Masa lalu telah banyak mengajar saya. Kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk tidak membicarakan hal ini secara terbuka.
Yang mana saya rasa perlu kongsi saya akan kongsi.
Abang Nara rasa mereka yang tak boleh bergembira dengan berita baik orang lain ini hanya segelintir dua sahaja. Kalau daripada 10 tue, mungkin 2 orang je. Jenis hati busuk. Nampak keburukan orang lain je. Diorang nie memang dah tak boleh ditolong dah. Kita buat apa pun, mesti nampak salah je. Jadi kepada Almy dan Fizz, pedulikanlah orang macam ini. Tak berbaloi nak rahsiakan benda-benda baik hanya untuk puaskan hati mereka. Abang Nara percaya ramai lagi yang akan turut berkongsi kegembiraan anda apabila berita sebegini dikongsikan. Tak gitu?
sumber