Mulianya hati pelakon Anzalna Nasir yang sanggup mencari seorang kanak-kanak penghidap penyakit barah saraf yang dikhabarkan terkilan hendak apabila tidak dapat berjumpa dengannya ketika sebuah kunjungan artis-artis diadakan di sebuah bazaar di Melaka.
Murai Batu dapat tahu menerusi laman sosial Instagram Anzalna dia juga rasa bersalah kerana terpaksa pulang awal dan tidak sempat berjumpa dengan adik tersebut yang bernama Iqbal.
Anzalna mengetahui hal tersebut selepas dia terbaca sebuah keratan akhbar mengenai adik itu yang teringin sangat ingin berjumpa dengan pelakon berkenaan.
Berikut merupakan keratan akbar dan kapsyen Anzalna:
Namun setelah berusaha mencari adik itu, akhirnya menurut Anzalna keesokan harinya dia berjaya menghubungi keluarga Iqbal dan mereka bakal berjumpa pada 24 Julai depan.
Anzalna juga meminta supaya lebih ramai memberikan sumbangan kepada adik Iqbal.
Di atas pula merupakan luahan rasa gembira Anzalna selepas berjaya menghubungi keluarga adik tersebut:
Alhamdulillah, semoga semakin ramai lagi artis yang akan bersikap perihatin seperti Anzalna.
sumberhttp://www.murai.com.my/gosip/murai-batu/article/articleid/590518/anzalna-berjaya-hubungi-pesakit-kanser-yang-ingin-berjumpa-dengannya