Pengeluar produk telefon pintar yang berasal dari Korea Selatan itu mempamerkan Samsung Z, telefon pintar pertama di dunia yang dijana platform Tizen bagi membezakannya daripada majoriti peranti yang menggunakan sistem operasi Android.
Dalam satu kenyataan medianya Samsung berkata, telefon pintar yang menggunakan platform Tizen ini buka hanya semata-mata telefon tetapi ia juga boleh dihubungkan dengan peranti lain seperti peralatan rumah, mampu menguci pintu melalui kawalan dari telefon pintar dan disertakan dengan jam tangan yang boleh berfungsi sebagai alat untuk berkomunikasi dengan orang lain pada masa depan.
Pada suku ketiga tahun ini, Samsung telah memilih Rusia sebagai negara pertama yang akan menjual produk telefon pintar terbarunya ini yang menggunakan platform Tizen sebelum ia dipasarkan secara meluas ke negera lain. Pengumuman gajet terbaru ini dibuat selepas Apple melancarkan produk telefon pintar terbarunya yang menggunakan sistem operasi iOS.
Untuk info anda, kebanyakkan gajet terkini keluaran Samsung termasuk telefon pintar Galaxy S dan seangkatan denganya menggunakan sistem operasi Android.