Anis Al-Idrus atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, Wajah cantiknya banyak menghiasi majalah dan kini telah bergelar pelakon. Kemunculannya dalam Selamat Malam Kekasih menerusi watak Maya Karmilla mendapat perhatian ramai.
Terkini, khabar angin mengatakan pengusaha bisnes tudung Nish by Anis Al Idrus itu kini rapat dengan pelakon kegilaan ramai, Sharnaaz Ahmad.
Bulan puasa ini, kemesraan jelas terpancar di antara Sharnaaz dan Anis yang sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) terserlah sepanjang bulan puasa ini.
Biodata:Nama penuh: Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus
Nama Samaran: Anis Al-Idrus
Umur: 26 Tahun
Pendidikan: Ijazah Perniagaan Antarabangsa pengkhususan Perbankan dan Kewangan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU)
Pekerjaan Dahulu : Pembaca berita dan wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen.
Pekerjaan sekarang : Model, Pelakon, pengusaha bisnes tudung Nishbyanisalidrus
Drama yang Dibintangi: Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.
Pengalaman pahit kerja : Pernah ditugaskan melakukan tugasan politik (waratwan) yang bukan merupakan sesuatu yang diminatinya.
Ini memberikan tekanan yang amat sangat kepadanya. Dia tidak dapat melakukan tugasannya dengan baik dan setiap hari dia berasa amat tertekan apabila mengingatkan perlu melakukan tugasan tersebut.
Suatu hari, oleh kerana terlalu tertekan, Anis pengsan di tempat kerja. Setelah mendapatkan rawatan doktor, didapati Anis mengalami tekanan darah rendah.
Anis, sehingga sekarang tinggal bersendirian sementara kedua ibu bapanya di Medan, Indonesia, kerana bapanya bekerja dalam bidang perladangan kelapa sawit di sana.
Anis akan ke Medan sebulan sekali berjumpa dengan ibu bapanya dan akan berada di sana selama tiga atau empat hari. Dia tidak mahu tinggal di sana kerana jiwanya lebih kepada Malaysia. Baginya tiada tempat yang sebaik Malaysia.
"Sudah setahun saya hasilkan koleksi Nish ini. Mulanya saya buat tudung untuk pakai sendiri. Masa itu saya baru-baru nak belajar memakai tudung. Setiap kali bila keluar, kawan-kawan dan orang lain akan tanya di mana saya beli. Bila dah ramai sangat orang tanya dan mereka suruh pula saya menjual, baru timbul idea untuk membuat rekaan saya yang saya namakan Nish ini dan saya jual secara atas talian.
"Tambah pula saya pula sering ulang alik ke Medan dan memberi peluang kepada saya mencari kain-kain yang baru untuk dibuat tudung. Setiap bulan saya akan buat dua rekaan terbaru dan sekarang ini sudah terdapat 24 rekaan yang terdiri daripada selendang, half moon, turban, hoody dan tudung bawal nombor satu yang dibuat daripada fabrik voile Jepun.
"Tudung-tudung Nish sesuai bagi digayakan sama ada sebagai tudung harian, ke pejabat, glamor dan tudung untuk perkahwinan,â??â?? kata Anis.
Menurut info, Anis buka gerai jual tudung manakala Sharnaaz rancak menjual kemeja-T dan serunding daging asli di bawah jenama Sharnaaz Ahmad Garment. Bagaimanapun pun, kalau benar gosip tersebut, kami doakan semoga berbahagia.
sumberhttp://um-fabolous.blogspot.com/2014/07/biodata-dan-gambar-kekasih-sharnaaz.html#