Antara hikmahnya:
1. MAS akan dibersihkan cukup-cukup. Tiada lagi joy ride untuk mereka yang tak reti buat kerja dan kroni jawatan. Moga-moga akan beroleh keuntungan setelah sekian lama menjadi syarikat bawah payung sahaja.
2. Pertahanan kita akan dikemaskini. Belanjawan negara kena tumpukan lebih sikit untuk pertahanan dan sudah pasti kurangkan songlap dalam semua bidang baru boleh dapat teknologi dan senjata terkini.
3. Kastam dan imigresen akan perbaiki SOP dan kelemahan sedia ada. Pegawai yang berkhidmat pun kena lebih berjaga-jaga.
4. Media kita mendapat pengalaman menjadi wartawan yang sebenar. Harap diteruskan begini dan kurangkan penapisan dan kawalan.
5. Pelajar Malaysia di luar negara tidak perlu tergagap-gagap nak jelaskan dimana negara Malaysia. Errr... you know Thailand? You know Singapore? Malaysia is in between those two countries. What??
6. Kebanyakkan rakyat Malaysia sudah menjadi arif dalam bidang kejuruteraan udara. Bukan pakar, cuma lebih arif. Black box tu warna oren lah!
7. Orang ramai sedar akan pembohongan bomoh dan dukun.
8. Orang ramai dapat bezakan press conference dengan press release. Ada maksud tersirat disini bagi mereka yang faham.
9. Saham Air Asia naik. Siapa boleh komen?
10. Keselamatan global dipertingkatkan untuk penggunaan passport dan sistem pengesanan kapal terbang.
Keburukan...
1. Insuran perjalanan udara akan melambung naik macam insuran kereta. Tiada lagi tambang murah Air Asia. Kalau nak tahu insuran udara dah wajib, bukan optional lagi.
2. Orang takut nak terbang. Mula-mula ni je kot.