Ketika seluruh dunia memerhatikan Russia dan pemisah pro Russia yang didakwa telah menembak jatuh pesawat komersil MH17 di Donetsk, Ukraine, timbul dakwaan pesawat tersebut sebenarnya di tembak oleh pesawat tentera Ukraine.
Spekulasi itu mula bertiup kencang setelah seorng pengguna Twitter, Carlos@spainbuca yang juga petugas di pegawal trafik udara di Kiev, Barispol Ukraine mendakwa kerajaan Ukraine terlibat dalam kegiatan ini.
Beliau mendakwa pesawat pejuang negara itu telah menembak jatuh MH17. Beliau turut mendakwa 2 pesawat terlibat dan kejadian itu dirakam didalam radar sebelum tentera Ukraine datang menawan menara bilik kawalan trafik udara.
Carlos yang sempat melakukan beberapa Tweet semasa kejadian kemudiannya dilaporkan telah diarah bercuti oleh majikannya. Akaun Twitternya juga kemudiannya dipadamkan.
Selain itu, admin juga menerima satu printscreen pada tarikh 15/7/14 mendakwa sesuatu akan berlaku di Ukraine dan fokus dunia akan beralih ke Russia, mereka akan menyerang menggunakan senjata kimia atau menembak pesawat awam supaya isu Palestin akan dialihkan.
MH17: MEMAHAMI KRISIS UKRAINE-RUSSIA
Terbaru menerusi dailymail, dakwaan seorang pekerja di Heathrow Beness Aijo, 29, yang meninggalkan negara itu untuk menjadi seorang pemisah di Ukraine turut mendakwa kerajaan Ukraine dan kerajaan barat telah merancang kejadian itu untuk mendesak serta berniat menjatuhkan Russia.
Dakwanya, "Pesawat itu terbang pada 10,000 meter tinggi, tetapi tentera Ukraine hanya mempunyai senjata anti-kapal terbang yang boleh memusnahkan pesawat tidak lebih daripada 5,000 meter. Tindakan mereka meminta pesawat Malaysia untuk turun 600 meter lebih rendah sebenarnya untuk memudahkan mereka menyerang pesawat", dakwanya.
"Saya telah bercakap dengan orang dari Donetsk, mereka semua mendakwa bahawa pesawat MH17 telah diserang oleh angkatan tentera Ukraine atau Ukraine National Guard untuk mengatakan bahawa ini telah dilakukan oleh pemberontak."
Nota admin.
1. Adakah US sememangnya terlibat (dakwaan Carlos@spainbuca) utk mengalihkan pandangan dunia terhadap kekejaman Israel di Palestin disamping menekan kerajaan Russia kerana pinjaman kewangan yang mereka beri enggan diambil oleh Ukraine, sebaliknya Ukraine memilih meminjam dari Russia.?
2. MAS dipilih kerana kejayaan mereka sebelum ini menghilangkan bukti MH370 disamping menekan kerajaan Malaysia yg kuat menyokong Palestin?
3. Selepas MH370 dimana Malaysia terpaksa menjawab dengan China, kini Malaysia terpaksa pula berhadapan dgn Russia...adakah ianya satu kebetulan? yang peliknya cepat betul US mendakwa MH17 ditembak peluru berpandu...bahkan mereka dpt mengesan pergerakan tersebut....sedangkan MH370- senyap?
4. Dalam pada itu, timbul pula nama CIA di media sosial. CIA dituduh terlibat untuk membuka laluan US masuk secara langsung dalam konflik Ukraine - Rusia. Ini bukan perkara baharu dalam percaturan politik berprofil tinggi di peringkat dunia. CIA watak utama NWO.
5. Media dimomok dengan dakwaan bertalu2 dan bukti pro Russia yang menembak MH17....haruskah kita terima bulat2 laporan mereka, adakah semuanya telah dirancang? - teori Rothschild.
Wallahualam...hanya telahan yg lemah dan sekadar satu persoalan.....btw setuju dgn pandangan penulis di Sinar....Malaysia kini seakan menjadi satu sasaran...
sumberhttp://www.dailymail.co.uk/news/article-2698823/Beness-Aijo-Putins-British-disciple-UK-student-29-linked-pro-Russian-rebels-blamed-shooting-MH17-arrested-Latvia-leaving-UK-fight-Crazy-Ukrainians.htmlhttp://www.sinarharian.com.my/kolumnis/muhamad-mat-yakim/mh17-kita-sasaran-teori-konspirasi-1.301170