Sebuah pesawat TransAsia Airways GE222 terhempas ketika membuat pendaratan cemas di kepulauan Penghu, selat Taiwan terbakar selepas gagal membuat cubaan pendaratan kali kedua ketika cuaca buruk.
Menurut laporan awal, 51 orang dipercayai terbunuh dan tujuh lagi mengalami kecederaan parah.
Pesawat dengan 54 penumpang dan empat anak kapal itu dipercayai cuba melakukan pendaratan pertama di lapangan terbang Makung Penghu tetapi gagal dan cubaan keduanya menyebabkan ia tersasar ke perkampungan Penghu Siansi Xixi yang terletak berhampiran.
Laporan awal menyatakan pesawat itu dalam perjalanan dari Kaohsiung, China ke lapangan terbang Magong di sini itu terhempas pada kira-kira pukul 7 petang (waktu tempatan).
Menurut jadual, pesawat ATT-72 turboprop itu dijadualkan berlepas dari Koahsiung pada 4 petang. - AGENSI
sumberhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140723/lu_17/Pesawat-Taiwan-terhempas-terbakar-selepas-gagal-mendarat-kali-kedua