Serangan ke atas Palestin yang meragut hampir 200 nyawa pada hari ini membangkitkan kemarahan orang ramai. Ramai yang mula memboikot barang-barang yang berasal di Israel.
Antara barang yang diboikot adalah McDonalds. McDonalds sememangnya terkenal dengan kaitannya dengan Israel dan dikhabarkan menjadi antara penyumbang dana ke Israel.
Heboh di Facebook mengenai satu gambar yang dikongsi oleh pengguna di Kota Bharu yang menunjukkan restoran tersebut yang berada di KB Mall mula lengang tanpa pelanggan walaupun pada jam 9 malam.
Menurut pemuat naik gambar tersebut lagi, restoran lain yang berada berhampiran masih lagi penuh pada ketika itu.
Jika benar berita ini, maka ini adalah satu petanda baik bahawa Malaysia tidak memandang ringan akan serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas Palestin.