Dah heboh dilaman sosial sekarang kisah Sarimah Ibrahim sekarang sedang buat persiapan kahwin yang akan berlangsung di Bali, Indonesia pada Ogos ini.
Nampaknya majlis perkahwinan itu akan diadakan selepas raya lah kan? Mesti romantik kan sebab majlis perkahwinan tu katanya bertemakan Beach Wedding ala inggeris yang penyanyi Nurul dan suami kedua pernah buat disana sebelum ini.
Tapi, menurut portal tersebut, tak dapat di pastikan pula adakah persiapan perkahwinan itu adalah untuk perkahwinannya dengan kekasih baru Sarimah iaitu cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau sebaliknya?
Terdahulu, Sarimah sendiri yang mendedahlan hubungan cintanya yang disemai 3 tahun lalu bersama Tunku Nadzimuddin itu tapi mereka berdua belum pula menetapkan bila cinta mereka akan disatukan dengan ikatan yang sah.
Atau mungkin Sarimah buat persiapan perkahwinan rakannya atau saudara maranya kan? Hanya tuan badan sahaja ada jawapannya.
Apa-apa pun kita doakan saja apa yang dirancang itu akan berjalan dengan lancar.
sumberhttp://www.murai.com.my/gosip/murai-batu/article/articleid/591856/sarimah-ibrahim-buat-persiapan-kahwin-di-bali