Disaat rakyat Malaysia masih terkial-kial memasuki era internet berkelajuan tinggi 4G, nampaknya negara luar yang sudah lama menikmatinya pula mulai mengorak selangkah ke hadapan dengan melakukan ujian terhadap internet berkelajuan tinggi 5G pula.Yang menariknya, sebuah syarikat mengumumkan mereka telah berjaya melakukan ujian tersebut dengan memindah data dalam kelajuan 5Gbps,lebih laju dari Google Fiber yang hanya berkelajuan 1Gbps.
Namun seperti anda tahu, tiada guna di Malaysia mempunyai internet berkelajuan seperti ini jika MNVO(Telco) menetapkan kuota yang sedikit.Internet berkelajuan 40Mbps pun mereka letak kuota 10GB,agak-agak berapa lama tahan dengan kuota sebegitu?
Saya sendiri mempunyai internet khas tanpa kuota dan kelajuan mencecah 10Mbps untuk 3G dan 40Mbps untuk 4G.Internet apa itu rahsia,saja nak 'bakar line'.haha.Tapi yang pasti saya harap pihak ISP dan Telco berani untuk melabur lebih banyak bagi menstabilkan teknologi internet berkelajuan tinggi 4G di Malaysia sebelum kita diterjah pula dengan teknologi 5G kelak di masa akan datang.