“Saya hanya suka-suka saja. Saya jumpa benda tu (gelang besi) dan saya pun cuba memasukkannya (ke dalam zakar). Tapi tak sangka ia tak boleh dikeluarkan.”
Itu reaksi malu-malu seorang lelaki yang membuatkan Pasukan Bomba dan Penyelamat di sini melakukan tugas paling pelik dalam sejarah operasi mereka apabila terpaksa berhempas-pulas memotong gelang besi yang melekat pada kemaluannya Sabtu lalu.