type='html'>
Orang-orang Jepun ni ada-ada saja idea pelik-pelik. Sekarang kan zaman gila selfie para remaja dari seluruh dunia. Ada-ada sahaja idea untuk membuatkan selfie tu nampak menarik. Terbaru dari Jepunselfie yang dinamakan 'cavity pose' atau maksudnya macam acah-acah selfie sambil sakit gigi la.
Caranya dengan meletakkan tangan anda sehingga terhadap pipi anda, seolah-olah gigi geraham tu sakit sangatlah. Kalau nak nampak macam real sikit buatlah muka sakit. Tak pun senyum ke, bulatkan mata, ataupun macam merengus sikit.
Menurut Kotaku, laman web yang pertama mencipta trend ni, "posisi ini menjadikan wajah seseorang kelihatan lebih kecil, dan wajah-wajah kecil dianggap menarik di Jepun."
Pose ini telah dikesan pada halaman depan enam majalah Jepun. swe_etie berkongsi imej di Twitter meminta: "Adakah semua orang mempunyai kaviti?" Sekarang ni dah ada lebih kurang 35 000 retweet uolls.
Orang ramai kini menggubah semula pose pada Twitter dan Instagram. Ini mungkin selfie yang paling popular setakat ini - kerana ia melibatkan memegang pipi anda, buat-buat macam sakit gigi sambil ambil gambar.
Hahaha
Berikut gambar-gambar selfie 'cavity pose':