Punca Sebenar Julia Ziegler Mengamuk Di Akaun Instagram, dedah gambar lelaki 'Buaya Darat' - Pelakon Julia Ziegler naik berang sehingga mengeluarkan kata-kata kesat di laman Instagram minggu lalu kerana berasa dipermainkan oleh seorang lelaki yang menggunakan wang dan kedudukkan untuk memperdayakan wanita.
Julia Bob Fauzi Ziegler, 30, berkata, dia kecewa dengan sikap lelaki tersebut yang cuba menggunakan kekayaan untuk mendekatinya dengan lebih rapat.
"Saya muat naik gambar lelaki tersebut kerana saya rasa terlalu geram dengan apa yang telah dia lakukan. Dia bukan teman lelaki saya. Jangan salah faham! Kami hanya berkawan sahaja, cuma ada perkara yang dia lakukan membuatkan saya betul-betul marah.
"Saya malas nak panjangkan cerita itu, cukuplah sekadar memberitahu agar orang lain tidak mudah terpedaya dengan lelaki tersebut yang menggunakan harta kekayaannya untuk memperdaya wanita," katanya
Antara gambar yang dimuat naik di laman Instagram milik Julia.
Julia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status-statusnya di laman sosial Facebook dan gambar-gambar beberapa orang lelaki dengan kapsyen yang menggambarkan lelaki tersebut sebagai 'buaya darat' yang dimuat naik di Instagram miliknya pada minggu lalu.
Sementara itu, diminta mengulas tentang gambar daripada mesej aplikasi Whasapp yang dimuat naik pada malam Khamis tentang pendedahannya terhadap seorang lelaki yang membuat pelbagai tawaran lumayan kepadanya, Julia berkata, dia seringkali didekati oleh individu seperti itu.
Inilah mesej daripada aplikasi Whasapp yang dimuat naik di Instagramnya dari seorang lelaki yang membuat perlbagai tawaran lumayan kepadanya.
Benda sebegitu turut membuatkan dia menukar persepsi terhadap lelaki yang kebanyakkanya mendekati wanita atas kepentingan dan tujuan tertentu.
"Saya serik dan tidak mempercayai lelaki buat masa ini, saya pun tidak tahu akhir-akhir ini seringkali didatangi lelaki-lelaki yang tidak berguna sahaja.
"Baru-baru ini juga ada yang menawarkan saya untuk jadi duta produk dan saya tidak layan sehingga dia tawarkan untuk beri saya beg berjenama jika saya mahu kelaur dengannya.
"Perkara tersebut sangat keji dan menjengkelkan kerana mereka fikir wang ringgit itu boleh beli semua perempuan," katanya.