SEDIH..Punca Budak 4 Tahun Mati Dalam Kereta Ayah
Terperangkap dalam kereta bapanya lebih lapan jam di pekarangan sekolah
Kuala Nerang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun
maut selepas terperangkap dalam kereta bapanya lebih lapan jam di pekarangan
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang di sini, hari ini.
Kejadian
bermula kira-kira 7.30 pagi apabila mangsa Muhammad Aqil Arfan Adnan dikatakan
tidur dalam kereta ketika bapa menghantar ibu mangsa yang berkhidmat sebagai
guru di SMK Syed Ahmad di sini.
Menurut sumber, bapa mangsa Adnan
Salleh, 42, yang juga seorang guru, dikatakan terlupa untuk menghantar anaknya
ke sebuah tadika yang terletak berhampiran dengan sekolah isterinya sebaliknya
terus pergi ke tempat dia mengajar di SMK Kuala Nerang.
"Bapa mangsa
dikatakan terlupa anaknya sedang tidur di tempat duduk belakang kereta terus
masuk ke sekolah untuk mengajar.
"Ketika bapa mangsa pergi semula ke
keretanya untuk pulang mengambil isteri dan anaknya kira-kira 4 petang, dia
terkejut melihat kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri,"
katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir
Ya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen
304 kanun keseksaan.