London - Tindakan paling tegas terhadap jenayah kemanusian Israel tidak datang dari negara-negara Islam akan tetapi sebalik dari sebuah negara Amerika Latin Chile.
Pada 19 Julai 2014 kerajaan Chile telah mengambil keputusan untuk menggantung Free Trade Agreement (FTA) antara negara tersebut dengan Israel. Mereka juga telah menarik pulang duta mereka di Tel Aviv atas tanda bantahan serangan Israel di semenanjung Gaza.
Pada asalnya Chile hanya mengistiharkan kecaman terhadap Israel namun wakil dan senator Chile telah mendesak Kementerian Luar Chile agar mengambil tindakan lebih tegas terhadap Israel.
Dalam berita lain, jumlah mangsa Israel telah melepasi angka 200 orang dan kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak. Ahli parlimen Chile yang terdiri dari latar belakang pembangkang dan kerajaan telah bersatu bersetuju perkara tersebut memerlukan tindakan yang lebih keras dari kerajaan Chile yang dipimpin oleh Michelle Bachelet tersebut.
Aktivis yang memboikot tindakan Israel mengharapkan agar tindakan Chile tersebut boleh dicontohi oleh negara-negara Islam lain terutamanya negara-negara dari liga Arab.sumber