Awek Singapura Sanggup Mengaku Bukan Islam Kerana Kantoi Khalwat | Seorang wanita dari Singapura berusia 21 tahun tergamak mengaku bahawa dirinya bukan beragama Islam untuk mengelak dirinya dicekup bersama pasangannya dalam serbuan Ops Ambang Merdeka semalam.
Wanita berkenaan ditahan selepas disyaki berkhalwat bersama seorang lelaki bukan Islam dalam serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) di sebuah hotel sekitar Taman Johor Jaya.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari menyatakan pihaknya tetap menahan wanita itu mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) kerana didapati berkhalwat bersama lelaki yang bukan suami atau mahramnya.
“Melihat kepada alasan diberikan suspek, kita tetap membawanya ke balai polis bagi proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tindakan susulan.
“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Singapura untuk mengetahui latar belakangnya bagi mendapatkan kebenaran terhadap dakwaan kononnya dia bukan beragama Islam.
“Jadi wanita itu juga kena buktikan juga yang dirinya bukan beragama Islam. Jaij menahannya kerana didapati berkhalwat malah nama tertera pada pasportnya merupakan nama individu Melayu,” katanya.