Menerusi laman sosial, penyebaran kertas soalan BI UPSR 2014 yang lebih awal daripada tarikh peperiksaan sebenar telah menyebabkan peperiksaan subjek berkenaan ditunda. Kertas Bahasa Inggeris dengan Kod Subjek 014/1 dan 014/2 yang sepatutnya dijawab calon UPSR 2014 pada 11 September 2014 terpaksa dibatalkan susulan soalan tersebut didakwa telah bocor.
Hasil siasatan pihak Lembaga Peperiksaan pada 11 september 2014 juga telah mengesahkan tersebut. Sehubungan itu, peperiksaan kertas Bahasa Inggeris UPSR 2014 ditunda kepada tarikh baharu iaitu pada 30 September 2014. Kesimpulannya, calon UPSR 2014 akan menduduki peperiksaan dua subjek pada satu hari iaitu kertas Sains dan Bahasa Inggeris.Terdahulu, kertas soalan Sains UPSR 2014 juga telah disahkan bocor dan terpaksa ditunda kepada tarikh 30 September 2014.
Kenyataan Akhbar Isu Soalan Bahasa Inggeris (BI) UPSR 2014 Bocor