Jurugambar Bebas Berkhalwat Dengan Ustazah | Seorang jurugambar bebas telah ditahan pihak berkuasa selepas disyaki berkhalwat dengan seorang wanita merangkap ustazah di salah sebuah sekolah tahfiz di Johor Bahru awal pagi kelmarin.
Lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20-an itu mendakwa dirinya baru masuk ke bilik bakal tunangnya itu bagi menghantar ubat atas permintaan ustazah berkenaan yang dikatakan demam.
Lelaki tersebut yang mendaftar dua bilik berasingan sebelum itu mendakwa dia dari Tangkak, Ledang dan bermalam di hotel itu atas urusan kerja di bandaraya ini.