APA yang akan anda fikir jika melihat gambar yang dikaburkan di bahagian-bahagian tertentu?
Pastinya anda sudah boleh mengagak ia mungkin kurang menyenangkan jika dilihat, betul tak?
Justeru, tindakan pelakon dan penerbit Ziela Jalil memuatnaik gambar yang dikaburkan di bahagian dada di akaun Instagramnya semalam menimbulkan pelbagai spekulasi daripada para pengikutnya.
Ada yang mengatakan baju tersebut jarang, ketat dan bermacam-macam lagi.
Bagi merungkai persoalan itu, Ziela menerusi
Harian Metro menjelaskan bahawa baju tersebut menampakkan bentuk dadanya, sekaligus membuatkan dia mengambil keputusan untuk mengaburkannya.
“Tapi nampaknya sesetengah orang kita ini memang suka tengok gambar yang tak dikaburkan itu. Selepas itu nak kritik dan hentam pula.
“Kalau orang muat naik gambar saja, sibuk nak tengok bahagian-bahagian yang tak perlu. Kalau gambar itu kecil pun sanggup ambil (screenshot) supaya boleh zoom dan jadikan isu,” katanya.
Mungkin kerana tidak mahu kekecohan berterusan, Ziela akhirnya memadamkan gambar tersebut dan menggantikannya dengan gambar lain.
Secara logiknya, sesiapa sahaja akan mempunyai prasangka jika gambar dikaburkan sebegitu.
Senang cerita, lebih baik pilih gambar yang tak akan menimbulkan kontroversi dan Ziela pun tak perlu bersusah-payah mengaburkan gambar tersebut…
Sumber Asal