Georgetown: Seorang lelaki dan ibu mentuanya ditahan dalam satu serbuan di sebuah banglo yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah di Jalan Hijau, Jelutong, di sini, 3 pagi semalam.
Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas pelbagai dadah bernilai RM1.93 juta.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan juga risikan polis sejak beberapa minggu lalu.
Menurutnya, kedua-dua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
TIMBALAN KP Negeri Datuk A Thaiveegan menujukkan dadah yang dirampas.
"Polis kini sedang mengesan isteri lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.
"Kita percaya dadah berkenaan untuk dipasarkan di kawasan Utara," katanya.