Suami Paksa Isteri Buat Hubungan Seks Dengan Pekerja Bangla | Seorang wanita yang sarat mengandung telah membuat laporan polis menyatakan dirinya dipaksa suami untuk melakukan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh selepas sudah tidak tahan menjadi mangsa kerakusan seks suaminya sendiri.
Ketua Polis Daerah Gombak, Ali Ahmad menyatakan wanita berusia 27 tahun itu telah melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan telefon daripada suaminya dengan mengatakan membawa balik seorang pekerja Bangladesh untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya.
“Takut dengan permintaan suaminya itu, wanita tersebut telah meninggalkan rumah dan meminta pertolongan daripada pihak polis,” katanya.
Ini bukan kali pertama suaminya memaksa mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Nizam.
“Dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan Nizam sebanyak tiga kali sebelum ini.
Wanita itu sedang sarat hamil tujuh bulan semasa dipaksa suaminya melakukan hubungan seks dengan Nizam pada Julai lalu,” katanya.Wanita itu mendakwa suaminya lebih mudah teransang jika melihatnya mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain.