KUALA LUMPUR 8 Mac - Perubahan percaturan Pakatan Rakyat (PR) di Kajang dijangka terarah kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution bagi menggatikan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut 23 Mac ini.
Menurut sumber dalaman parti, Saifuddin merupakan calon terbaik untuk menggantikan Anwar selepas Ketua Pembangkang itu menyenaraikan 12 calon untuk menggantikannya pada PRK berkenaan.
Anwar disahkan tidak bertanding pada PRK Kajang berikutan Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.
Pihak mahkamah membenarkan Anwar diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.
View the original article here