(6 Gambar) Tapak Tangan Hampir Hancur Dibaling Bom Buatan Sendiri | Seorang remaja lelaki mengalami kecederaan parah di bahagian tapak tangan apabila bom yang dibaling oleh dua penjenayah meletup ketika dalam perjalanan pulang dari Bukit Tinggi.
Kejadian yang berlaku pada malam 5 September yang lepas, mangsa bersama dua orang lagi rakannya dalam perjalanan pulang selepas makan. Kereta yang yang dipandu oleh mangsa melalui jalan berhampiran Klang GH Shell Station dihampiri oleh dua suspek yang menggunakan sebuah motosikal.
Mangsa yang sedang memandu dengan tingkap kereta terbuka luas dibaling dengan sebuah objek berbentuk bola ke dalam keretanya oleh pembonceng motosikal tersebut.
Objek tersebut meletup di tapak tangan mangsa sehingga membuatkan tapak tangan dalam keadaan hampir hancur dan terdapat sedikit luka di bahagian muka.
Namun, tindakan mangsa itu berjaya menyelamatkan dua orang lagi rakannya dari menjadi mangsa letupan objek yang dipercayai bom buatan sendiri.