Malaysia sememangnya tidak
boleh dipisahkan dengan makanan yang pelbagai. Rakyat Malaysia sangat gemar
dengan makanan yang terdapat di Malaysia dan tabiat pemakanan yang tidak dijaga
boleh menjejaskan kesihatan.
Kajian yang pernah dibuat
mengenai tahap obesiti rakyat Malaysia adalah ditahap yang membimbangkan. Oleh
itu, sekarang ini ramai rakyat Malaysia yang telah mula untuk menjaga
kesihatan.
Disini TPK ingin kongsikan
makanan-makanan yang boleh menyebabkan kegemukan.
1. Nasi
Lemak.
Kegemaran setiap rakyat
Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih
kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang.
Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak
bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170
kalori) atau lauk yang lain.
Fakta: Nasi lemak
tidak akan mengemukkan jika ianya hanya diperhatikan sahaja.
2. Roti
Canai.
Paling senang, paling
cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300
kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan
pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau
berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600
kalori.
Bayangkan kalau berlari di
treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600
kalori
3. Nasi
Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam
630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur
serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi
lebih kepada lemak dan karbohidrat.
4. Ais
krim.
Ais krim memang sedap!
Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.
Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim
pun dah 380 kalori.
5.
Burger
Burger memang tinggi
kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475
kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit
ada telur. Agak agak berapa kalori?
Untuk rujukan burger Burger
King. Lebih 1000kcal.
6. Mee
kari.
Hidangan mee dengan sup
kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa
salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.
7. Makanan
bergoreng.
Rata-rata kebanyakan
makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti
ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan
lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan
bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)
8.
Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini
sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada
sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau
rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam
60kcal.
…Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam
60kcal.
9. Roti Manis dan
Donut.
Kadang kadang orang salah
sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti
roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat.
kalori. Boleh cuba roti wholemeal.
10.
Mayonis.
Suku cawan mayonis
mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar
mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
TPK juga ada kongsikan
panduan lain yang boleh menjadi panduan lain untuk menguruskan badan tanpa
produk pelansingan dan boleh menguruskan badan dalam jangka masa yang
singkat.