PUTRAJAYA 7 Mac - Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Akan tetapi, pihak mahkamah membenarkan Anwar diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Keputusan ini sekaligus menyebabkan beliau tidak layak dicalonkan sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan diadakan minggu hadapan.
Kerusi DUN Kajang kosong ekoran peletakan jawatan bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu. Perletakan ini bagi membolehkan Anwar bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.
Sebelum itu, pada sesi perbicaraan, Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihak peguam Anwar, peguam Anwar, Ramkarpal Singh sekadar memberi hujah pembelaan dari sudut teknikal tanpa memaparkan hujah yang membuktikan beliau tidak melakukan seks luar tabii tersebut.
Beliau juga menjelaskan, keraguan terhadap sampel itu hanya timbul berdasarkan keterangan ahli kimia yang dilantik pemimpin parti pembangkang tersebut semasa pembelaan.
Pihak mahkamah turut diberitahu profil DNA pihak ketiga ditemui di bahagian dubur Saiful.
Peguam Anwar, Ramkarpal Singh pula berhujah pihak pendakwa gagal menjelaskan sumber DNA berkenaan semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Anwar didakwa meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.
View the original article here