KUALA LUMPUR 7 Mac - Bapa kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, KV Sathasivam, meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya, kira-kira 9.40 malam tadi.
Difahamkan mendiang meninggal dunia akibat sakit tua.
Setiausaha akhbar Menteri Kesihatan, K Sivakumar telah mengesahkan perkara itu.
Difahamkan mayat mendiang akan dibawa ke Melaka untuk diberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan pada Sabtu ini.
View the original article here