KUALA LUMPUR 7 Mac - Polis berjaya menumpaskan sindiket dadah antarabangsa dengan menahan tujuh anggotanya di Lembah Klang bersama 4.9 kilogram Syabu bernilai RM900 ribu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, tujuh suspek tersebut terdiri daripada tiga lelaki warga Nigeria, tiga wanita warga Uganda dan seorang warga tempatan berusia antara 22 hingga 42 tahun.
"Sindiket tersebut menyeludup dadah dalam kualiti kecil untuk mengelakkan dari dikesan oleh pihak berkuasa, ianya dilakukan dengan kerap.
"Tiga lelaki warga Nigeria adalah penuntut di kolej swasta di Lembah Klang, dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurut Noor Rashid, serbuan dilakukan selama dua hari semenjak semalam dan modus operandi sindiket tersebut dengan menyeludup menerusi servis penghantaran surat dan kurier dengan menyembunyikan barang terlarang tersebut didalam gadget termasuk pemain DVD.
Sementara itu, jabatannya kini telah menahan 33,702 individu dipercayai terlibat dalam penyeludupan dadah sejak awal tahun ini berbabnding 30,293 individu pada tempoh sama tahun lalu.
View the original article here