PETALING JAYA 7 Mac - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini membenarkan dua pemain senior dari pasukan negeri untuk beraksi pada saingan awal Piala Presiden.
Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah berkata keputusan itu berkuat kuasa serta merta bagi memberi peluang kepada pemain senior yang tidak diturunkan dalam saingan Liga Malaysia.
"Kita mempertimbangkan pelbagai aspek yang mana kita dapati ada pemain senior yang tidak berpeluang turun beraksi di Liga Malaysia.
"Walau bagaimanapun, pemain senior yang beraksi di Piala Presiden nanti perlu mematuhi tempoh masa seperti yang ditetapkan dalam pekeliling," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pendaftaran kali kedua bagi pemaintempatan untuk Liga Malaysia dibuka dari 23 Mac hingga 21 April manakala bagi pemain import, ia bermula dari 23 Mac hingga 19 April.
"Seramai tiga pemain tempatan dari mana-mana pasukan boleh didaftarkan dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Bagi pemain import pula, setiap pasukan boleh mendaftarkan empat pemain yang baharu jika perlu," katanya.
View the original article here