KUALA LUMPUR 7 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihati penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak bertindak menganjurkan perhimpunan bagi memprotes keputusan Mahakamah Rayuan terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Menurutnya, hukuman kepada Anwar adalah sah menerusi Perlembagaan Negara dan apa sahaja bantahan yang akan dilakukan adalah dilarang sama sekali.
"Saya menyeru kepada semua rakyat malaysia supaya bertenang dengan keputusan mahakamah rayuan.
"Saya minta tiada mana-mana pihak cuba melakukan sebarang perhimpunan membantah atau sebagainya kerana ini merupakan proses perundangan dan apa jua bantahan perlulah dibuat menerusi mahkamah," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.
Tegas Khalid, polis akan menggunakan segala kuasa undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melanggar arahan ini dan diharap tiada pihak yang cuba mencabar intergriti polis.
Tambah beliau, polis kini memantau rapi semua tindakan semua pihak mengenai percubaan melakukan bantahan dan sesiapa yang cuba melanggar undang-undang akan dikenakan hukuman.
"Semua pihak diminta bersabar buat (bantahan) mengikut proses undang-undang yang ada," ujarnya.
Khalid berkata demikian bagi mengulas dakwaan berlakunya perhimpunan memprotes keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada anwar selepas mendapati Ketua Pembangkang tersebut bersalah dalam pertuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.
Mahkamah membenar hukuman itu ditangguhkan dengan jaminan RM10,000 sehingga rayuan di Mahakamah Persekutuan selesai.
View the original article here