Seorang lelaki tekad bunuh diri selepas beberapa jam isterinya meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Adrian Cross meninggal dunia selepas menelan pil secara berlebihan selepas isterinya, Tammy pergi meninggalkannya buat selamanya.
Adrian ditemui mati di rumahnya dengan memakai baju tidur milik Tammy sambil memegang gambar wanita itu.
Adrian yang diminta mengecam mayat isterinya oleh pihak polis kelihatan tenang sambil mengucapkan ' saya akan berjumpa kamu selepa sini Tam'.
Ibu saudara Adrian, Yvonne Thornley tidak menyangka kata-kata anak saudaranya itu akan membawa kepada kematian.
"Saya sangka dia maksudkan akan kembali ke hospital, tetapi dia tidak muncul," katanya.
Sementara itu, adik Adrian, Dawn Jones berkata, abangnya pernah memberitahu untuk ikut jejak langkah isterinya jika berlaku sebarang kemungkinan (mati).
"Jika ada apa-apa berlaku, saya akan mengikut dia," kata Adrian kepada Dawn.
View the original article here