KUALA LUMPUR 7 Mac - Polis hari ini merampas telefon bimbit Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin atas dakwaan menghina pihak polis dengan memuat naik kenyataan menerusi laman sosial twitternya baru-baru ini.
Peguam Dr Afif, Izad Buqkhary Mohd Kamri berkata, Adhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu didatangi dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Perda dan merampas telefon bimbit beliau selepas disoal siasat selama dua jam.
"Mereka merakamkan kenyataan dan merampas telefon bimbitnya. Semua proses mengambil masa dua jam.
"Polis memaklumkan terdapat dua laporan polis terhadap Afif berhubung twitnya. Mereka belum memaklumkan kepada kami, peruntukan undang-undang mana untuk menyiasatnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tindakan oleh polis ke atas Dr Afif ekoran tweetnya menyebut 'Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah.'
View the original article here