KUALA LUMPUR 14 April - Pengumuman pemeberhentian catuan air bakal diumumkan dalam masa yang terdekat.Berita itu disahkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui pemberita di Shah Alam hari ini.Menurut Abdul Khalid, keputusan (berhenti catuan air) ekoran kenaikan paras air di empangan."Saya akan mengadakan perjumpaan sama ada Jumaat ini atau Isnin depan untuk menetapkan tarikh pemberhentian catuan air. Lagi cepat lagi baik," katanya.
Tambahnya, laporan peningkatan air itu diterima daripada Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan akan dipantau dari semasa ke semasa.Pelan catuan yang bermula sejak 2 Mac lalu melibatkan enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.