PUTRAJAYA 15 April - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar dua Pegawai Psikologi dan dua Pembantu Kebajikan Masyarakat untuk berjumpa keluarga kanak-kanak yang terlibat dalam kejadian van sekolah terhumban ke dalam loji kumbahan di Taman Universiti di Johor Baharu, semalam.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, mereka dihantar bagi mententeram danmemberi khidmat kaunseling kepada keluarga mangsayang trauma serta sedih dengan kejadian yang berlaku.
"Saya berasa sedih dan simpati terhadap nasib enam kanak-kanak dan keluarga yang terbabit. Takziah saya ucapkan kepada pihak keluarga seorang kanak-kanak yang telah meninggal dunia dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkatapihaknya turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga Muhammad Azri Aqif Azhar, 4, yang meninggal dunia dalam kejadian itu dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang demi keselamatan kanak-kanak.
Seorang murid tadika maut apabila van yang dinaikinya bersama lima rakan menggelongsor sebelum terjunam ke dalam sebuah kolam kumbahan dalam insiden pada jam 12.15 tengah hari itu.