KUALA LUMPUR 14 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa negara di Asia Tenggara supaya meneruskan kerjasama berterusan dalam aspek eknomi, sosial dan keselamatan bagi memperkukuhkan lagi peranan ASEAN.
Menurut Najib , kerjasama erat yang dijalin sejak sekian lama mewujudkan kekebalan diplomatik terhadap kesepakatan kuasa yang jauh lebih baik berbanding kerja bersendirian.
"Saya percaya dengan pertumbuhan minat global terhadap Asia dan ASEAN, ia sekali gus membawa kepada peluang dan juga risiko kepada negara di rantau berkenaan.
"Menerusi kerjasama dengan rakan dan jiran kita, kita dapat berkongsi dengan negara lain bagi memastikan kestabilan daripada menanggung konflik berterusan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Putrajaya bertajuk Memperhebat Keselamatan dan Kestabilan Serantau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.