KUANTAN 14 April - Seorang pelajar Kolej Matrikulasi Gambang mati lemas setelah dilaporkan terjatuh ke dalam tasik di dalam kawasan kolejnya petang semalam.
Kejadian berlaku pada kira-kira 6.35 petang ketika Mohamad Ely Bukhori, 19, sedang berkelah bersama rakan-rakannya di tepi tasik itu.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Annuar Hassan berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat mangsa empat jam kemudian di dasar tasik.