KUALA LUMPUR 13 April - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan mencemar duli ke Pameran Pertahanan Perkhidmatan ASIA (DSA) 2014 bagi melihat aset-aset pertahanan disertai oleh syarikat-syarikat pertahanan seluruh dunia.
Lawatan Tuankul ke pameran pertahanan diiringi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Seri Zulkifeli Mohd Zin.
Pameran yang akan berlansung sehingga Khamis ini merupakan pameran peralatan dan teknologi pertahanan, sistem persenjataan dan penyelesaian keselamatan generik terkini untuk memenuhi keperluan pasukan keselamatan negara serta negara Asia Pasifik.
Pameran ini merekodkan penyertaan paling banyak dengan 1000 syarikat pertahanan mengambil bahagian daripada seluruh pelusuk dunia.
Negara ASEAN yang menyertai pameran ini adalah Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam.