Bekas kapten Brazil, Dunga menjadi calon pilihan dalam senarai pendek calon jurulatih skuad kebangsaan Brazil, menurut dua sumber dalaman.
Dunga yang nama sebenarnya adalah Carlos Bledorn Verri, sebelum ini pernah membimbing Brazil pada 2006 hingga 2010 ketika dia memenangi Copa America pada 2007 dan Piala Konfederasi pada 2009.
Selepas tewas kepada Belanda di suku ahir Piala Dunia 2010, Dunga dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF).
Menurut sumber pertama yang enggan dikenali, sejak proses pemilihan berjalan, Dunga menunjukkan hubungan baik degan Gilmar Rinaldi yang baru sahaja dilantik menjadi Pengurus Besar pasukan Kebangsaan Brazil.
Kedua-dua bekas pemain itu turut berada dalam pasukan juara Brazil pada Piala Dunia 1994.
"Dia mendahului senarai calon dan semuanya dilihat berpuas hati. Mesyuarat penting telah diadakan di Sao Paulo dan Gilmar sedang dalam memperhalusi keputusan," kata sumber kedua.