Real Madrid semakin hampir menandatangani James Rodriguez selepas dilaporkan tiba di ibu kota Sepanyol.
Rodriguez telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real selepas mempamerkan aksi yang memukau untuk Colombia.
Perancang berusia 23 tahun memenangai kasut emas di pusingan akhir di Brazil, selepas menjaringkan enam gol untuk pasukan kebangsaannya.
Colombia yang tewas 2-1 kepada tuan rumah, tetapi prestasi Rodriguez sepanjang kejohanan telah mencetak namanya ke pentas global.
Bekas pemain porto yang menyertai Monaco mei lepas mendedahkan "impiannya" untuk bermain bersama juara Eropah di Santiago Bernabeu.
Impian Rodriguez semakin jelas apabila Florentino mahu pemain itu menyarung jersi Galacticos musim panas ini.