KUALA LUMPUR 15 April - Bomba mengesahkan tiada sebarang kebocoran bahan radioaktif yang berlaku di kilang Synergy Health, Rawang dekat sini hari ini.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kebakaran hanya melibatkan kotak-kotak sarung tangan yang perlu melalui proses radiasi untuk memastikannya selamat digunakan.