KAJANG 15 April - Penasihat DAP, Lim Kit Siang memilih jalan selamat dengan tidak memberikan sebarang respon mengenai cadangan PAS untuk mengemukakan usul pelaksanaan hudud di Kelantan demi memastikan undi Melayu Pulau Pinang kekal bersamanya.
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, sehingga kini Kit Siang tidak memberi sebarang pendirian terhadap isu menyokong Hudud PAS dan hanya Tony Pua yang secara terangan menyatakan pendirian untuk menetang hudud.
"Lim Kit Siang sampai sekarang kita tidak mengetahui pendirian beliau samaada untuk menyokong atau tidak (hudud). Kita juga tahu, demi keluarga beliau, Kit Siang pasti akan sokong PAS kerana beliau tetap inginkan undi kaum Melayu dan mahu mengekalkan politik beliau di Pulau Pinang.
"Siapa yang berani untuk mengeluarkan kenyataan ini selain Tony Pua dan Karpal Singh yang berani untuk membantah hukum hudud ini. Akan tetapi Karpal Singh hanya menutup mulut sehingga kini kerana keputusan makhamah akan diputuskan tidak lama lagi,"katanya kepada pemberita di Bandar Sungai Long, hari ini.
Tambah Tuan Tat, Kit Siang sehingga kini menyalahkan UMNO secara umum dan tidak menyatakan nama pemimpin secara spesifik untuk menguatkan tuduhan semberononya itu.
"Kita tengok politik Kit Siang, beliau tidak berani kutuk mana-mana orang Melayu dan tidak pernah kutuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Orang melayu ramai di dalam UMNO. Saya cabar dia untuk menyatakan satu nama orang Melayu akan tetapi beliau tidak berani dan itu adalah politik yang beliau mainkan," ujarnya.
Beliau kemudiannya mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menyatakan dengan jelas samaada beliau menyokong pelaksanaan hudud ataupun hanya untuk mencari jalan selamat semata-mata.
"Apabila Anwar berkata akan menyokong (hudud), adakah beliau berani pastikan atau tidak serta menjamin akan menyokong (hudud)? Dia kata hanya akan (sokong) hudud sahaja," soalnya.
Katanya kenyataan Anwar itu ada kemungkinan beliau menyokong pelaksanaan hukum terbabit atau menentangnya.